Assalammualaikum :) ,

Dalam 'post' kali ini saya ingin menceritakan pendapat saya tentang filem Hafalan Shalat Delisa...Saya yakin pasti ada diantara para pembaca tidak mengetahui tentang filem ini bahkan tidak pernah mendengarkan tajuk filem ini...Dari apa yang saya tahu filem ini diadaptasikan daripada sebuah 'Best Seller Novel' yang dikarang oleh Tere Liye...Saya sendiri mengetahui tentang filem ini daripada iklan Astro First...;p
Saya berikan 7/10...Mengapa tidak markah penuh?Sebab terdapat 'part2' dimana saya rasa tidak boleh diterima pakai oleh saya...Tetapi saya menyukai sikap tabah Delisa , sikap penyayang dan adil ibunya terhadap keempat2 anaknya , sikap prihatin kejiranan dan sikap gigih ayahnya...Selain itu saya menyukai watak Sophie dan Smith yang penyayang , pemurah dan baik hati...Dibawah ini saya sediakan sedikit sinopsis tentang filem ini , silalah memahaminya...haha...;p
Filem ini mengisahkan kehidupan seorang kanak2 perempuan yang periang bernama Delisa... Dia tinggal di sebuah perkampungan kecil di Lhok Nga , Pantai Aceh bersama ibu(Ummi Salamah) dan 3 orang kakaknya(Kak Fatimah , [Kak Zahra dan Kak Aisyah(kembar)]) manakala ayahnya(Abi Usman) bertugas di sebuah kapal yang mengusahakan minyak...
Pada 26 Disember 2004 , Delisa dan ibunya sedang bersiap untuk ke sekolah Delisa kerana Delisa mempunyai ujian amali solat...Tiba-tiba berlaku gempa bumi , ibu dan adik-beradik Delisa berada dalam ketakutan...Setelah gempa itu reda , Delisa dan ibunya pergi ke sekolah Delisa...Ketika Delisa sedang menjalankan ujian amali solatnya , tsunami melanda perkampungannya...Ombak besar memusnahkan seluruh harta benda dan ramai penduduk menjadi korban...
Selepas kejadian itu , pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa2 yang masih hidup dan sebaliknya...Seorang ahli penyelamat berbangsa inggeris bernama Smith telah menemui Delisa yang masih hidup...Setibanya di hospital , Delisa dirawat oleh seorang doktor berbangsa inggeris yang bernama Sophie...Beberapa hari kemudian , Delisa sedar dari tidurnya...Dia terkejut apabila mendapati dia kehilangan kaki kanannya...Hari makin hari Delisa semakin pulih dan perhubungannya dengan Sophie dan Smith semakin rapat...Smith yang kehilangan anak perempuannya akibat kemalangan berhasrat untuk mengambil Delisa sebagai anak angkat...
Pada waktu yang sama , sebaik sahaja ayahnya mengetahui berita tentang tsunami yang melanda perkampungan Lhok Nga...Secepat mungkin bergegas ke sana...Di sana ayahnya menemui jirannya...APAKAH YANG TERJADI SETERUSNYA?APAKAH NASIB IBU DAN 3 KAKAK DELISA?silakan menonton filem ini ye ;p Jangan marah nanti kena jual~ haha
INI TRAILER ISTIMEWA UNTUK KALIAN...
Yang Membengangkan kalian,
<3 aNiRa94 <3
2 comments:
tak tgk lg..tp nk tgkkk.....
tau cite ni dari kakak aku..
aq ade cte ni...:)
Post a Comment